Showing posts with label PPISMP SEM 2. Show all posts
Showing posts with label PPISMP SEM 2. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

KF : ALAT BERFIKIR

BAHAGIAN 1 : PENDAHULUAN

Kehidupan sememangnya tidak pernah lekang dengan masalah. Masalah dapat menguji kekuatan, keimanan serta tahap kesabaran seseorang dan masalah jugalah yang mengajar seseorang itu tentang ereti kehidupan yang sebenar. Namun, harus diingat bahawa bukan semua individu dapat menjalani dan menghadapi sesuatu masalah itu dengan jayanya.
Hal ini kerana tidak semua dapat menyelesaikan masalah yang melanda. Masalah-masalah yang menimpa haruslah diselesaikan menggunakan kaedah yang berbeza dan bergantung kepada keadaan. Beberapa faktor juga harus ditimbang tara. Kita mestilah berfikiran matang dan menggunakan alat-alat berfikir yang betul bagi menyelesaikan sebarang konflik yang berlaku.
Justeru, bagi mengasah cara berfikir saya, saya telah diberi tugasan ini. Saya perlu menjawab lima soalan pendek yang diberikan dengan mengaplikasikan lima alat berfikir yang sesuai. Alat berfikir ini adalah berdasarkan CoRT 1 iaitu Cognitive Research Trust yang diperkenalkan oleh Edward de Bono. CoRT bertujuan memperluaskan pandangan supaya lebih kreatif, konstruktif dan juga kritis.
Terdapat tujuh komponen atau alat berfikir yang termasuk dalam CoRT 1 iaitu PMI, CAF, AGO, C & S, FIP, APC dan juga OPV. Komponen CAF, AGO, C & S, FIP serta OPV telah saya aplikasikan dalam penyelesaian soalan tugasan dan penerangannya telah saya sertakan dalam bahagian yang seterusnya.

BAHAGIAN 2 : ALAT BERFIKIR 1

Soalan : Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

CAF atau Consider All Factor merupakan alat berfikir untuk meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Alat berfikir ini membolehkan kita menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea dan memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.
Faktor-faktor yang ingin disenaraikan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian. Seperti dalam membuat keputusan mengenai cadangan berkongsi ke tempat kerja ini, faktor dari segi sosial, alam sekitar, kewangan, keselesaan serta sebagainya boleh dipertimbangkan. Antara faktornya adalah sebagaimana dalam berikut:
Faktor Sosial
1. Merapatkan silaturahim antara rakan sekerja.
2. Mewujudkan integriti kaum.
3. Wujudnya masyarakat hipokrit sama ada ikhlas atau tidak untuk berkongsi kereta.
4. Menimbulkan rasa curiga antara penumpang dengan penumpang dan mungkin juga melibatkan pemandu.
5. Tidak ada privasi untuk melakukan sesuatu.

Faktor Alam Sekitar
1. Mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi akibat kurangnya jumlah kenderaan.
2. Mengurangkan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu puncak.
Faktor kesesakan/ masa
1. Mengurangkan kenderaan di jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
2. Mengelakkan kemalangan jalan raya dari berlaku.
Faktor kewangan
1. Kos petrol menjadi rendah kerana berkongsi bayaran .
2. Kenderaan awam semakin kurang mendapat sambutan.
Faktor keselesaan
1. Keadaan di dalam kenderaan menjadi padat dan tidak selesa .

Jadi, setelah mengambil kira kesemua faktor, kita boleh memikirkan yang manakan lebih menguntungkan dan banyak membawa impak positif berbanding negatif. Kita boleh membuat timbang tara yang sewajarnya dalam menentukan keputusan terbaik. Dalam kes ini, ternyata, cadangan berkongsi adalah pilihan yang lebih bijak kerana ia mendatangkan banyak kebaikan.

BAHAGIAN 3 : ALAT BERFIKIR 2

Soalan : Gunakan alat berfikir OPV untuk menyelesaikan situasi pelaksanaaan mata pelajaran pendidikan seks di sekolah.

Alat berfikir OPV selalunya digunakan untuk mendengar pandangan orang lain dalam sesuatu hal. OPV yang bermaksud Other People’s Views amat penting terutamanya bagi pemimpin kerana mereka perlu melihat sama ada keputusan yang dibuat itu nanti mendapat sokongan atau bantahan pihak lain.
Dalam menyelesaikan isu pelaksanaan pendidikan seks di sekolah ini, pandangan dari pelbagai kelompok masyarakat haruslah didengar agar kita dapat membuat keputusan terbaik dan memuaskan hati semua pihak. Pandangan guru-guru, ibu bapa, serta pelajar terutamanya amat penting kerana mereka merupakan tiga golongan paling utama terlibat dalam isu ini.
Bagi mendapatkan maklum balas terbaik, saya telah membuat beberapa tinjauan umum mengenai isu ini. Saya mendapatkan pandangan beberapa masyarakat umum melalui penulisan artikel dalam blog. Hasil dari tinjauan saya adalah ramai pihak yang tidak setuju terutamanya dari golongan ahli agama. Sebab-sebab mereka tidak setuju adalah kerana:
Sebab-sebab keputusan:
BIL SASARAN SEBAB-SEBAB KEPUTUSAN
1. PELAJAR-PELAJAR - Masih tidak sesuai dengan status pelajar dan umur yang masih mentah.
- Bimbang tidak dapat memahami serta menyalahgunakan pengetahuan seks.
2. IBU BAPA -Risau tindakan liar anak apabila mereka mengetahui dan mempelajari seks tanpa memahaminya daripada sudut yang betul.
3. GURU-GURU -Tidak mengetahui cara penyampaian yang terbaik untuk pelajarasalah sosial yang semakin meningkat di sekolah.
4. AHLI AGAMA -Bimbang rasa gelojak, ingin tahu serta nafsu pelajar semakin meningkat setelah mengetahui tentang seks

Keputusan di atas menunjukkan bahawa respon yang diberikan oleh pelbagai pihak adalah mengikut pandangan masing-masing untuk menyelesaikan situasi pelaksanaan mata pelajaran pendidikan seks di sekolah.

BAHAGIAN 4 : ALAT BERFIKIR 3

Soalan : Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka, apakah lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan. Aplikasikan FIP dalam hal ini.

FIP disebut ‘Fip’. FIP ini bermaksud First, Important, Priorities iaitu Utama, Penting, dan juga Prioriti. Alat berfikir ini mengambil kira perkara-perkara penting sahaja dalam menentukan priority serta mengelakkan perkara yang tak patut diutamakan.
Dalam hal ini, terdapat banyak sifat-sifat guru yang penting. Namun, ada antara sifatnya yang menjadi keutamaan serta prioriti. Kita boleh menyenaraikannya seperti di bawah:
Sifat-sifat guru :
1. Baik hati
2. Penyayang
3. Amanah
4. Jujur
5. Berdisiplin
6. Tegas
7. Penyabar
8. Prihatin
Sifat-sifat guru yang penting, utama dan prioriti:
1. Amanah
Rasional: Menjamin bahawa guru tersebut melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi, bersemangat serta tidak menyeleweng.
2. Penyabar
Rasional: Membuatkan guru tersebut dapat bertahan dengan pelbagai kerenah serta ragam pelajar.
3. Prihatin
Rasional: Menjadikan guru tersebut mengambil berat akan hal ehwal serta permasalahan pelajarnya.
4. Penyayang
Rasional: Setiap guru haruslah bersifat penyayang dan menganggap pelajarnya seperti anak atau adik mereka sendiri. Hal ini penting agar timbul rasa tanggungjawab dalam iri mereka.
5. Berpengetahuan luas
Rasional : Guru mesti berpengetahuan luas serta berkemahiran agar ilmu dapat disampaikan sebaiknya kepada para pelajar.

Pemilihan sifat-sifat yang penting, utama dan prioriti ini telah saya tentukan dengan menemubual beberapa ibu bapa serta meminta pandangan rakan-rakan. Sifat-sifat ini dipilih kerana rasionalnya yang lebih penting berdasarkan sifat-sifat guru yang lain.

BAHAGIAN 5 : ALAT BERFIKIR 4

Soalan: Anda adalah ahli dalam jawatankuasa Disiplin pelajar. Bagaimana anda menyelesaikan masalah pelajar ponteng sekolah dengan mengambil kira alat berfikir AGO.

AGO disebut ‘a-go’ yang membawa maksud Aims, Goals and Objectives ataupun Tujuan, Matlamat dan Objektif. Setiap hal atau tindakan yang ingin kita ambil pastinya memiliki tujuan, matlamat serta objektif tersendiri untk dicapai.
Sebagaimana untuk menyelesaikan masalah pelajar ponteng sekolah ini, pastinya beberapa program di atur untuk mencegahnya. Program tersebut haruslah berlandaskan AGO yang jelas seperti :
Tujuan :
1. Menyedarkan pelajar akan keburukan akibat ponteng sekolah.
2. Melatih pelajar supaya lebih berdisiplin dan beretika.
3. Mengurangkan masalah disiplin.
4. Meningkatkan semangat pelajar dalam menuntut ilmu.
5. Melahirkan generasi pelajar yang berilmu.
6. Mengurangkan masalah sosial melibatkan pelajar.
1. Mencapai rekod sifar ponteng.
Matlamat :
1. Mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar yang terlibat dengan
masalah tersebut agar permasalahan mereka dapat difahami.
2. Mengadakan taklimat ringkas dan bual bicara dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah.
3. Memberi ceramah motivasi dan pengisian jiwa kepada para pelajar.
4. Wujudkan program mentor mente supaya pelajar lebih terbimbing
5. Memperbanyakkan aktiviti luar yang boleh menarik minat pelajar untuk menyertai.
6. Mewujudkan rondaan polis bagi mengawal para pelajar.
7. Menyediakan rekod keluar kelas agar setiap pelajar diketahui arah tujunya.
8. Mengadakan kempen sifar ponteng.
9. Melancarkan slogan serta “botton kami benci ponteng”
Objektif :
1. Melahirkan para pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum.
2. Mengurangkan kes ponteng dan masalah disiplin lain.
3. Mewujudkan guru yang prihatin terhadap masalah pelajar.

BAHAGIAN 6 : ALAT BERFIKIR 5

Soalan: Guru pada masa akan datang akan bekerja mulai 8 pagi dan balik jam 5 petang. Buat satu C & S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini.

C & S disebut ‘C’ dan ‘S’ dan digunakan untuk memikirkan kesan dan akibat yang mungkin terjadi hasil pelaksanaan sesuatu cadangan. C & S di sini adalah berasal dari perkataan bahasa inggeris iaitu “consequence and sequel”
Cadangan agar guru bekerja mulai 8 pagi dan balik jam 5 petang haruslah difikirkan dari pelbagai aspek iaitu kesan dan akibatnya untuk beberapa temph seperti:
Tempoh masa
jangka panjang Positif Negatif
1 - 5 tahun 1. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan.
2. Mempunyai masa yang lebih banyak untuk pelajar. 1. Guru mengalami kepenatan.
2. Guru akan kurang masa bersama keluarga.
5 -25 tahun 1. Telah biasa dengan sistem waktu kerja yang panjang.
2. Prestasi pelajar dapat ditingkatkan. 1. Guru akan mengalami
tekanan.

25 – dan ke atas 1. Kerja lebih sistematik.
2. Struktur pendidikan lebih teguh dan efisien.
3. Dapat melahirkan modal insan yang berjaya. 1. Ramai yang tidak berminat menjadi guru.

Setelah ,mengambil kira kesan dan akibat cadangan ini,barulah saya dapat membuat keputusan. Guru wajar bekerja mulai 8 pagi dan pulang jam 5 petang kerana ia akan mendatangkan banyak impak positif kepada generasi muda. Meskipun guru terpaksa berkorban masa, namun di situlah terletaknya tanggunggjawab dan kemuliaan seorang guru. Guru tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya melaksanakan tugasnya dengan tulus kerana di bahu guru teletak masa depan negara.

GERKO : PERMAINAN BOLA BALING

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara.

Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.
Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.


Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan.
Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

Friday, July 30, 2010

BM : BENTUK & GOLONGAN KATA

BENTUK KATA DAN GOLONGAN KATA.

1. DEFINISI UMUM
Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa samada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala, Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Dalam bahasa Melayu, kedua-dua ini dikaji melalui bidang morfologi.

2. BENTUK KATA
Terdapat empat proses pembentukan kata dalam bahasa melayu sebagaimana berikut:
A) bentuk kata tunggal
B) bentuk kata terbitan
C) bentuk kata majmuk
D) bentuk kata ganda

2.1 Bentuk Kata Tunggal
Bentuk kata ini tidak menerima sebarang imbuhan serta tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal iaitu:
-kata tunggal satu suku kata (KV,VK,KVK,KKVK,KVKK,KKV,KKKVK)
-kata tunggal dua suku kata atau lebih (V+KV,,KV+V+KV,KV+KV+VK+KV)
Dalam artikel yang saya kaji, terdapat beberapa contoh bentuk kata tunggal yang digunakan. Antaranya:
• Kata tunggal satu suku kata:
-dan
-ke
• Kata tunggal dua suku kata atau lebih
-jasa
-pendekar
-masyarakat
-budaya
-negatif


2.2 Bentuk Kata Terbitan
Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu:
- Awalan (Hadir sebelum kata dasar)
- Akhiran (Hadir sesudah kata dasar)
- Apitan (Hadir secara mengapit kata dasar)
- Sisipan (Hadir di celahan kata dasar)
Artikel yang saya pilih banyak menngunakan kata-kata terbitan, sebagaimana berikut:
• Awalan
-berusaha
-seimbang
-sejumlah
-berleluasa
• Akhiran
-kerahan
-renungan
-bahkan
• Apitan
-bersesuaian
-kedatangan
-kematangan
-membudayakan
-menyemarakkan
-menggalakkan
-memperuntukkan

2.3 Bentuk Kata Majmuk
Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih. Bentuk kata majmuk membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok, iaitu:
- Kata majmuk daripada rangkaian kata bebas
- Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
- Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan
Antara kata majmuk yang digunakan dalam hasil karya Shukri Bin Janudin ialah:
• Kata majmuk daripada rangkaian kata bebas
-para belia
-pejuang bangsa
-sentimen politik
• Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
-Silat Cekak
-agama Islam

2.4 Bentuk Kata Ganda
Proses yang menggandakan kata dasar akan menghasilkan bentuk kata ganda. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu:
- Penggandaan penuh (menggandakan keseluruhan kata dasar)
- Penggandaan separa (menggandakan sebahagian kata dasar)
- Penggandaan berentak (menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu)
Contoh-contoh kata ganda yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:
• Penggandaan penuh
-rekod-rekod
-negara-negara
-pahlawan-pahlawan
• Penggandaan separa
-kedua-dua
• Penggandaan berentak
-memburuk-burukkan


3. GOLONGAN KATA
Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu:
A) Kata nama
B) Kata kerja
C) Kata adjektif
D) Kata tugas

3.1 Golongan kata nama
Golongan kata ini merangkumi sejum;lah perkataan yang boleh menjadi unsure inti pada binaan frasa nama dan lazimnya menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama dipecahkan kepada beberapa sub-golongan, seperti:
-kata nama khas (manusia dan bukan manusia)
-kata nama am (abstrak dan konkrit)
-kata ganti nama (tunjuk dan diri)
Dalam artikel yang saya kaji, banyak terdapat golongan kata nama yang diguna. Antaranya:
• Kata nama khas
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
-Datok Bahaman
-Haji Mat Hassan
-Haji Abdul Rahman Limbong
• Kata nama am
- kesenangan
-keamanan
-kemerdekaan
-penjajahan
-keberanian
• Kata ganti nama
-ini, itu (ganti nama tunjuk)
-mereka (ganti nama orang ketiga)

3.2 Golongan kata kerja
Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi denti inti pada binaan frasa kerja dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
-kata kerja tak transitif (tidak memerlukan penyambut)
-kata kerja transitif (menerima objek sesudahnya)
Antara kata kerja yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:
• Kata kerja tak transitif:
-menyemai semangat patriotisme
-menyedarkan rakyat
-meningkatkan ilmu pengetahuan
-terkenal dengan
-mengaplikasikan teori
-menentang penjajah
-menaikkan idealisme
-menyatupadukan bangsa
-mengekalkan perpaduan

3.3 Golongan kata adjektif
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata ini dibahagikan kepada lapan kumpulan berdasarkan maknanya, iaitu:
-kata adjektif sifat/keadaan
-kata adjektif warna
-kata adjektif ukuran
-kata adjektif bentuk
-kata adjektif pancaindera
-kata adjektif waktu
-kata adjektif cara
-kata adjektif perasaan
Banyak kata adjektif telah digunakan dalam artikel hasil karya Shukri Bin Janudin. Antaranya:
• Kata adjektif sifat/keadaan
-setia
-cintakan
- lemah
• Kata adjektif ukuran
- besar
• Kata adjektif waktu
- silam

3.4 Golongan kata tugas
Merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen. Kehadirannya penting dalam ayat kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Golongan kata ini dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
- kata hubung (Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat)
- kata praklausa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa)
- kata prafrasa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa)
- kata pascakata (Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan- perkataan tertentu)
Kata tugas banyak digunakan dalam artikel ini antaranya ialah:
• Kata hubung
- dan (gabungan)
- manakala, namun begitu, maka (pancangan keterangan)
- yang (pancangan dentity)
- untuk (pancangan komplemen)
• Kata praklausa
- apakah (kata tanya)
- maka (kata pangkal ayat)
- akan (kata bantu)
• Kata prafrasa
- adalah (kata pemeri)
- akan (kata Bantu)
- amat , memang (kata penguat)
- di, dalam (kata sendi nama)
- tidak (kata naïf)
• Kata pascakata
- kesimpulannya (kata penekan)