BAHAGIAN 1 : PENDAHULUAN
Kehidupan sememangnya tidak pernah lekang dengan masalah. Masalah dapat menguji kekuatan, keimanan serta tahap kesabaran seseorang dan masalah jugalah yang mengajar seseorang itu tentang ereti kehidupan yang sebenar. Namun, harus diingat bahawa bukan semua individu dapat menjalani dan menghadapi sesuatu masalah itu dengan jayanya.
Hal ini kerana tidak semua dapat menyelesaikan masalah yang melanda. Masalah-masalah yang menimpa haruslah diselesaikan menggunakan kaedah yang berbeza dan bergantung kepada keadaan. Beberapa faktor juga harus ditimbang tara. Kita mestilah berfikiran matang dan menggunakan alat-alat berfikir yang betul bagi menyelesaikan sebarang konflik yang berlaku.
Justeru, bagi mengasah cara berfikir saya, saya telah diberi tugasan ini. Saya perlu menjawab lima soalan pendek yang diberikan dengan mengaplikasikan lima alat berfikir yang sesuai. Alat berfikir ini adalah berdasarkan CoRT 1 iaitu Cognitive Research Trust yang diperkenalkan oleh Edward de Bono. CoRT bertujuan memperluaskan pandangan supaya lebih kreatif, konstruktif dan juga kritis.
Terdapat tujuh komponen atau alat berfikir yang termasuk dalam CoRT 1 iaitu PMI, CAF, AGO, C & S, FIP, APC dan juga OPV. Komponen CAF, AGO, C & S, FIP serta OPV telah saya aplikasikan dalam penyelesaian soalan tugasan dan penerangannya telah saya sertakan dalam bahagian yang seterusnya.
BAHAGIAN 2 : ALAT BERFIKIR 1
Soalan : Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.
CAF atau Consider All Factor merupakan alat berfikir untuk meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Alat berfikir ini membolehkan kita menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea dan memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.
Faktor-faktor yang ingin disenaraikan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian. Seperti dalam membuat keputusan mengenai cadangan berkongsi ke tempat kerja ini, faktor dari segi sosial, alam sekitar, kewangan, keselesaan serta sebagainya boleh dipertimbangkan. Antara faktornya adalah sebagaimana dalam berikut:
Faktor Sosial
1. Merapatkan silaturahim antara rakan sekerja.
2. Mewujudkan integriti kaum.
3. Wujudnya masyarakat hipokrit sama ada ikhlas atau tidak untuk berkongsi kereta.
4. Menimbulkan rasa curiga antara penumpang dengan penumpang dan mungkin juga melibatkan pemandu.
5. Tidak ada privasi untuk melakukan sesuatu.
Faktor Alam Sekitar
1. Mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi akibat kurangnya jumlah kenderaan.
2. Mengurangkan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu puncak.
Faktor kesesakan/ masa
1. Mengurangkan kenderaan di jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
2. Mengelakkan kemalangan jalan raya dari berlaku.
Faktor kewangan
1. Kos petrol menjadi rendah kerana berkongsi bayaran .
2. Kenderaan awam semakin kurang mendapat sambutan.
Faktor keselesaan
1. Keadaan di dalam kenderaan menjadi padat dan tidak selesa .
Jadi, setelah mengambil kira kesemua faktor, kita boleh memikirkan yang manakan lebih menguntungkan dan banyak membawa impak positif berbanding negatif. Kita boleh membuat timbang tara yang sewajarnya dalam menentukan keputusan terbaik. Dalam kes ini, ternyata, cadangan berkongsi adalah pilihan yang lebih bijak kerana ia mendatangkan banyak kebaikan.
BAHAGIAN 3 : ALAT BERFIKIR 2
Soalan : Gunakan alat berfikir OPV untuk menyelesaikan situasi pelaksanaaan mata pelajaran pendidikan seks di sekolah.
Alat berfikir OPV selalunya digunakan untuk mendengar pandangan orang lain dalam sesuatu hal. OPV yang bermaksud Other People’s Views amat penting terutamanya bagi pemimpin kerana mereka perlu melihat sama ada keputusan yang dibuat itu nanti mendapat sokongan atau bantahan pihak lain.
Dalam menyelesaikan isu pelaksanaan pendidikan seks di sekolah ini, pandangan dari pelbagai kelompok masyarakat haruslah didengar agar kita dapat membuat keputusan terbaik dan memuaskan hati semua pihak. Pandangan guru-guru, ibu bapa, serta pelajar terutamanya amat penting kerana mereka merupakan tiga golongan paling utama terlibat dalam isu ini.
Bagi mendapatkan maklum balas terbaik, saya telah membuat beberapa tinjauan umum mengenai isu ini. Saya mendapatkan pandangan beberapa masyarakat umum melalui penulisan artikel dalam blog. Hasil dari tinjauan saya adalah ramai pihak yang tidak setuju terutamanya dari golongan ahli agama. Sebab-sebab mereka tidak setuju adalah kerana:
Sebab-sebab keputusan:
BIL SASARAN SEBAB-SEBAB KEPUTUSAN
1. PELAJAR-PELAJAR - Masih tidak sesuai dengan status pelajar dan umur yang masih mentah.
- Bimbang tidak dapat memahami serta menyalahgunakan pengetahuan seks.
2. IBU BAPA -Risau tindakan liar anak apabila mereka mengetahui dan mempelajari seks tanpa memahaminya daripada sudut yang betul.
3. GURU-GURU -Tidak mengetahui cara penyampaian yang terbaik untuk pelajarasalah sosial yang semakin meningkat di sekolah.
4. AHLI AGAMA -Bimbang rasa gelojak, ingin tahu serta nafsu pelajar semakin meningkat setelah mengetahui tentang seks
Keputusan di atas menunjukkan bahawa respon yang diberikan oleh pelbagai pihak adalah mengikut pandangan masing-masing untuk menyelesaikan situasi pelaksanaan mata pelajaran pendidikan seks di sekolah.
BAHAGIAN 4 : ALAT BERFIKIR 3
Soalan : Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka, apakah lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan. Aplikasikan FIP dalam hal ini.
FIP disebut ‘Fip’. FIP ini bermaksud First, Important, Priorities iaitu Utama, Penting, dan juga Prioriti. Alat berfikir ini mengambil kira perkara-perkara penting sahaja dalam menentukan priority serta mengelakkan perkara yang tak patut diutamakan.
Dalam hal ini, terdapat banyak sifat-sifat guru yang penting. Namun, ada antara sifatnya yang menjadi keutamaan serta prioriti. Kita boleh menyenaraikannya seperti di bawah:
Sifat-sifat guru :
1. Baik hati
2. Penyayang
3. Amanah
4. Jujur
5. Berdisiplin
6. Tegas
7. Penyabar
8. Prihatin
Sifat-sifat guru yang penting, utama dan prioriti:
1. Amanah
Rasional: Menjamin bahawa guru tersebut melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi, bersemangat serta tidak menyeleweng.
2. Penyabar
Rasional: Membuatkan guru tersebut dapat bertahan dengan pelbagai kerenah serta ragam pelajar.
3. Prihatin
Rasional: Menjadikan guru tersebut mengambil berat akan hal ehwal serta permasalahan pelajarnya.
4. Penyayang
Rasional: Setiap guru haruslah bersifat penyayang dan menganggap pelajarnya seperti anak atau adik mereka sendiri. Hal ini penting agar timbul rasa tanggungjawab dalam iri mereka.
5. Berpengetahuan luas
Rasional : Guru mesti berpengetahuan luas serta berkemahiran agar ilmu dapat disampaikan sebaiknya kepada para pelajar.
Pemilihan sifat-sifat yang penting, utama dan prioriti ini telah saya tentukan dengan menemubual beberapa ibu bapa serta meminta pandangan rakan-rakan. Sifat-sifat ini dipilih kerana rasionalnya yang lebih penting berdasarkan sifat-sifat guru yang lain.
BAHAGIAN 5 : ALAT BERFIKIR 4
Soalan: Anda adalah ahli dalam jawatankuasa Disiplin pelajar. Bagaimana anda menyelesaikan masalah pelajar ponteng sekolah dengan mengambil kira alat berfikir AGO.
AGO disebut ‘a-go’ yang membawa maksud Aims, Goals and Objectives ataupun Tujuan, Matlamat dan Objektif. Setiap hal atau tindakan yang ingin kita ambil pastinya memiliki tujuan, matlamat serta objektif tersendiri untk dicapai.
Sebagaimana untuk menyelesaikan masalah pelajar ponteng sekolah ini, pastinya beberapa program di atur untuk mencegahnya. Program tersebut haruslah berlandaskan AGO yang jelas seperti :
Tujuan :
1. Menyedarkan pelajar akan keburukan akibat ponteng sekolah.
2. Melatih pelajar supaya lebih berdisiplin dan beretika.
3. Mengurangkan masalah disiplin.
4. Meningkatkan semangat pelajar dalam menuntut ilmu.
5. Melahirkan generasi pelajar yang berilmu.
6. Mengurangkan masalah sosial melibatkan pelajar.
1. Mencapai rekod sifar ponteng.
Matlamat :
1. Mengadakan sesi kaunseling terhadap pelajar yang terlibat dengan
masalah tersebut agar permasalahan mereka dapat difahami.
2. Mengadakan taklimat ringkas dan bual bicara dengan ibu bapa pelajar yang bermasalah.
3. Memberi ceramah motivasi dan pengisian jiwa kepada para pelajar.
4. Wujudkan program mentor mente supaya pelajar lebih terbimbing
5. Memperbanyakkan aktiviti luar yang boleh menarik minat pelajar untuk menyertai.
6. Mewujudkan rondaan polis bagi mengawal para pelajar.
7. Menyediakan rekod keluar kelas agar setiap pelajar diketahui arah tujunya.
8. Mengadakan kempen sifar ponteng.
9. Melancarkan slogan serta “botton kami benci ponteng”
Objektif :
1. Melahirkan para pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum.
2. Mengurangkan kes ponteng dan masalah disiplin lain.
3. Mewujudkan guru yang prihatin terhadap masalah pelajar.
BAHAGIAN 6 : ALAT BERFIKIR 5
Soalan: Guru pada masa akan datang akan bekerja mulai 8 pagi dan balik jam 5 petang. Buat satu C & S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini.
C & S disebut ‘C’ dan ‘S’ dan digunakan untuk memikirkan kesan dan akibat yang mungkin terjadi hasil pelaksanaan sesuatu cadangan. C & S di sini adalah berasal dari perkataan bahasa inggeris iaitu “consequence and sequel”
Cadangan agar guru bekerja mulai 8 pagi dan balik jam 5 petang haruslah difikirkan dari pelbagai aspek iaitu kesan dan akibatnya untuk beberapa temph seperti:
Tempoh masa
jangka panjang Positif Negatif
1 - 5 tahun 1. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan.
2. Mempunyai masa yang lebih banyak untuk pelajar. 1. Guru mengalami kepenatan.
2. Guru akan kurang masa bersama keluarga.
5 -25 tahun 1. Telah biasa dengan sistem waktu kerja yang panjang.
2. Prestasi pelajar dapat ditingkatkan. 1. Guru akan mengalami
tekanan.
25 – dan ke atas 1. Kerja lebih sistematik.
2. Struktur pendidikan lebih teguh dan efisien.
3. Dapat melahirkan modal insan yang berjaya. 1. Ramai yang tidak berminat menjadi guru.
Setelah ,mengambil kira kesan dan akibat cadangan ini,barulah saya dapat membuat keputusan. Guru wajar bekerja mulai 8 pagi dan pulang jam 5 petang kerana ia akan mendatangkan banyak impak positif kepada generasi muda. Meskipun guru terpaksa berkorban masa, namun di situlah terletaknya tanggunggjawab dan kemuliaan seorang guru. Guru tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya melaksanakan tugasnya dengan tulus kerana di bahu guru teletak masa depan negara.
Nota ini membekalkan contoh yang sangat berguna dan amali. Terima kasih atas perkongsian!
ReplyDelete