Sebagaimana yang kita ketahui, pengamalan budaya cemerlang dan pendidikan adalah salah satu dari lapan nilai-nilai yang ingin diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Kecermelangan, Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
Untuk menjadikan masyarakat itu berpendidikan dan berpengetahuan pula, permufakatan komuniti dan sekolah amatlah diperlukan. Mereka hendaklah berinteraksi di antara satu sama lain, mengamalkan kebudayaan yang lebih kurang sama serta mempunyai komitmen untuk memberi sumbangan dan perkhidmatan demi menjamin kemajuan dan kebajikan bersama. Paling penting, setiap anggota dalam masyarakat harus mematuhi peraturan yakni undang-undang yang telah pun dipersetujui dan dikuatkuasakan.
Pemuafakatan komuniti dan sekolah ini akan mudah direalisasikan dengan wujudnya Sekolah Wawasan. Komuniti yang terdiri dari pelbagai bangsa baik Melayu, Cina mahupun India akan disatukan dan digabungkan dalam satu kawasan yakni sekolah yang sama. Walaupun setiap jenis aliran mempunyai bilik darjah dan autoriti pentadbiran masing-masing, namun mereka semua tetap bersama-sama, bersatu padu dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Mereka juga berkongsi kemudahan-kemudahan yang terdapat di Sekolah Wawasan tersebut.
Perkongsian dan kerjasama ini akan memupuk kesefahaman dan perpaduan antara anggota-anggota komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum seterusnya merealisasikan dengan sebenar-benarnya impian serta konsep 1 Malaysia. Jika hal ini diadakan dengan jayanya, sistem pendidikan di Malaysia akan menjadi system pendidikan yang bertaraf dunia kerana bejaya mengumpulkan pelajarnya dalam satu rumpun yang aman walaupun asalnya berbeza pandangan dan fahaman. Perbezaan inilah yang disatukan menjadi aset yang unik untuk Malaysia pada pandangan dunia.
Gagasan 1 Malaysia yang menuntut rakyatnya supaya berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan mempunyai nilai-nilai murni juga dapat dicapai sekiranya pendidikan dan pembangunan insan yang seimbang dapat dilaksanakan. Guru telah diberi tanggungjawab besar untuk merealisasikan cita dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020.
Dengan matlamat untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani, pelajar-pelajar akan dilatih supaya menjadi generasi yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia juga berkemahiran tinggi. Hal ini bertepatan dengan nilai-nilai aspirasi yang dibawakan gagasan 1 Malaysia iaitu budaya rakyatnya yang berprestasi tinggi, mementingkan budaya ilmu, inovasi disamping kebijaksanaan.
Nilai-nilai ini penting agar mereka menjadi modal insan yang mantap serta teguh bagi merealisasikan wawasan 2020. Mereka turut menjadi individu yang berdaya saing, berjuang memajukan diri, keluarga, agama dan negara. Untuk itu, inovasi dan reformasi pendidikan dilaksanakan untuk pembangunan insan. Reformasi ini berlaku untuk membuat pembaharuan, perbaikan, pengubahsuaian, atau pemulihan terhadap sistem pendidikan sedia ada.
Rancangan Perkembangan Pendidikan (2001-2010) juga diumumkan agar sistem pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkualiti serta berkesan. Rancangan ini melibatkan pendidikan pra sekolah, sekolah rendah serta sekolah menengah. Hal ini penting agar system pendidikan dapat diubah melalaui inovasi kurikulumnya lantas merealisasikan harapan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Negara.
Idea 1 Malaysia yang turut menginginkan rakyatnya lebih bersifat terbuka serta global juga dibantu oleh adanya globalisasi pendidikan dan cabarannya. Globalisasi yang merentasi sempadan dan media telah menjadikan pemerolehan ilmu tidak lagi terhad dalam bangku sekolah sahaja tetapi berlakunya melalui internet di peringkat antarabangsa. Maka ia akan menggalakkan perkembangan minda dan juga menjana diversiti. Rakyat akan menjadi lebih berpengetahuan serta bersikap global.
Globalisasi yang berlaku juga memberi kesan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada yang baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Guru harus bersifat dinamik, sentiasa responsif dan berusaha menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Hal ini kerana hanya guru yang bersifat dinamik sahaja yang dapat menangani cabaran-cabaran baru yang sering timbul.
Tindakan inisiatif guru dalam melengkapkan diri mereka sangatlah diharapkan dalam merealisasikan Matlamat Pendidikan Negara dan Wawasan 2020 bertujuan menjadikan sistem Negara ini bertaraf dunia. Guru hendaklah berwawasan, berpandangan global yakni melihat perspektif pendidikan bukan lagi terhad dalam negeri tetapi secara global. Guru harus peka terhadap sebarang perubahan baik di dalam negeri juga diluar negeri.
Guru juga hendaklah berpengetahuan, fleksibel, dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi serta perubahan pendidikan. Kualiti sosial seorang guru yang baik seperti mempunyai inovasi, berpekerti mulia dan mengamalkan sikap toleransi akan menjadi pendorong kepada para pelajarnya. Guru akan menjadi c0ntoh serta suri teladan. Perkara ini perlu kerana guru adalah ejen utama yang menjadi titik tolak dalam pembangunan pelajar serta modal insan sebagaimana yang dikehendaki gagasan 1 Malaysia.

No comments:
Post a Comment