HOKI
Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di sesetengah negara hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput.
Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu “hoquet” yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa inggeris menjadi “hockey”.
SEJARAH PERMAINAN HOKI
Terdapat catatan yang telah dikenalpasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.
Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut . Oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan koreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan ini lebih unik. Walaubagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan permainan ini.
Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainan ini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya.
Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan menjadi hockey.
Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja dimainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertama telah pun ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.
SEJARAH PERMAINAN HOKI DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelosok negara dengan pesatnya. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.
Seperti permainan yang lain, hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan sukan hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengelola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya.
Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India dan malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, Belanda, Jerman Barat, Sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand.
SEJARAH PERMAINAN HOKI DI MALAYSIA
Permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun, pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.
Mulai tahun 1920, barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari, bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mula meningkat. Kini, hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara kita. Semua orang boleh bermainnya tidak kira semua peringkat umur atau jantina. Pada tahun 1926, perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan, iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Hal ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya.
Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenangi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke Negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu, pasukan kita telah menumpaskan mereka.
Liga hoki dimulakan di negara kita iaitu pada tahun 1946 di Taiping, kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948, Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan hoki di negara kita. Pada tahun 1953, Persatuan Hoki Antarabangsa (FIH) telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Dengan demikian, ia telah memberi peluang kepada pasukan kita untuk mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.
Kemudian, MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presisen MHF pada tahun 1957 dan beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Walaubagaimanapun, pada tahun 1963, barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
Perlantikan Tun Abdul Razak sebagai Presidem MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini di negara kita. Buktinya, kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setipa tahun anjuran MHF. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Hal ini keran apada tahun itu, pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Pasukan kita menduduki tempat ke-9 daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki kita juga turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia.
Pada tahun 1975, negara kita terpilih sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia, dimana kita menduduki tempat ke-4. Manakala dalam Sukan Asia, kita sering menduduki tempat k-3 di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan Sea pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita. Mengikut carta terkini Persekutuan Hoki Antarabangsa ( FIH ), pasukan hoki negara menduduki tangga ke-13 dibelakang pasukan Korea Selatan yang menduduki tangga ke-7.
Bagaimanapun, kehadiran pemain-pemain muda dan berbakat menampakkan sedikit sinar untuk skuad hoki negara bangkit mencipta kegemilangan sebagaimana suatu ketika dahulu. Selain tenaga yang ada, negara menyandarkan harapan kepada pemain-pemain muda untuk membawa cabaran pada kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Dunia.
SISTEM PERMAINAN
Sistem permainan hoki terbahagikepada dua, iaitu secara liga dan kalah mati. Bagi secara liga, permainan dibahagi kepada dua kumpulan seperti kumpulan A dan kumpulan B. Kemudian, dibahagi pula kepada pusingan pertama, pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir. Seterusnya, johan kumpulan A akan bertemu dengan johan kumpulan B bagi pusingan akhir. Bagi penentuan pemenang ketiga dan keempat pula ditentukan melalui pusingan separuh akhir.
Manakala bagi secara kalah mati pula, pasukan yang kalah bagi sesuatu perlawanan akan dikeluarkan dari permainan dan pasukan yang menang akan bermain sehingga akhir. Bagi membuat keputusan secara liga dengan menggunakan mata iaitu menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata. Kemenangan secara liga ditentukan dengan mata terbanyak, tetapi jika seri kemenangan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaring tolak jumlah gol yang kena atau dengan mengambil kira keputusan perlawanan sebelumnya.
Bagi sistem kalah mati jika seri, pasukan akan bertukar kawasan permainan dan bermain dalam masa tambahan 10 minit. Jika masih seri, lima pukulan penalti akan dijalankan bergilir-gilir dan jika masih seri, pasukan yang mengjaringkan gol dikira pemenang.
KAWASAN PERMAINAN
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya empat segi tepat memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segi empat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS HOKI
Terdapat beberapa kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain hoki iaitu kemahiran asas memukul, kemahiran asas menolak, kemahiran asas menahan, kemahiran asas menggelecek dan kemahiran asas flick. Kemahiran asas memukul ialah pemain boleh memukul bola dengan kayu hoki dalam keadaan statik atau dinamik. Boleh menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan semasa memukul bola. Kemahiran asas menolak pula ialah kemahiran ini boleh dilakukan dalam 2 cara, iaitu secara tolakan biasa dan tolakan kias. Bagi kemahiran asas menahan iaitu menahan atau menyerkap bola hoki dilakukan dengan pelbagai cara bergantung pada pergerakan bola. Mengelecek bolah dilakukan dalam 2 cara iaitu kelecek rapat (secara golekan) dan kelecek longgar merupakan kemahiran asas menggelecek dan terakhir kemahiran asas flick pula dilakukan dengan cara memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri dengan pantas.
JENIS HANTARAN
Hantaran tengah
Dimulakan dari tengah padang, tolakan atau pukulan oleh pemain boleh dibuat dari mana-mana arah, semua pemain kecuali yang membuat pukulan perlu berada di bahagian kawasan padang masing-masing.
Hantaran tengah dan mengembalikan bola dalam permainan
Semua penyerang perlu berada pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter dari bola. Para pemain tidak boleh melepasi kawasan masing-masing sehinggalah bola telah disentuh oleh pemain lain dan bola tidak boleh diangkat dengan sengaja atau sehingga boleh membahayakan atau menjurus kepada cara permainan yang berbahaya.
Bola di luar padang
Apabila bola keseluruhannya telah melepasi garisan tepi atau garisan belakang akan dikira keluar dari permainan dan bola lain akan digunakan untuk memulakan semula permainan.
Di luar garisan tepi
Pada garisan tepi, di mana bola keluar melepasi garisan ini, pemain tidak perlu berada keseluruhannya di dalam padang atau di luar padang, tolakan akan diambil oleh pemain dari pasukan lawan.
Di luar garisan belakang
Melalui serangan tanpa jaringan gol sehingga 14.63m dari atau bertentangan, atau berdekatan dengan garisan di mana bola itu keluar melepasi garisan belakang selari dengan garisan tepi, diambil oleh pemain pertahanan.
Secara tidak sengaja oleh pertahanan selepas gol dijaringkan di garisan tepi, 5m dari sudut bendera berdekatan dengan garisan di mana bola itu keluar. Dengan sengaja oleh barisan pertahanan tanpa jaringan gol di garisan belakang dari kawasan 9.14m di luar bahagian berdekatan dengan tiang gol di mana-mana bahagian yang dipilih oleh pasukan yang menyerang.
Menjaringkan gol
Gol dikira apabila bola dimainkan dalam kawasan tengah oleh penyerang dan tidak melepasi garisan keluar. Kemudian bola hanya boleh dibawa oleh pemain pertahanan selepas itu dan bola berjaya dijaringkan ke dalam gol. Gol juga diberikan jika penjaga gol melanggar peraturan penalti Stroke dalam usaha menahan sebarang jaringan gol. Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira sebagai pemenang.
No comments:
Post a Comment