Tuesday, August 3, 2010

PSV P.1: KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan Individu dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai dan juga moral,.
Subjek ini dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara penerapan nilai-nilai murni yang merangsang kreativiti dan sebagainya. Selain itu aktiviti seni juga, para pelajar boleh mengalami aktiviti dan pengalaman tentang penggunaan media, alatan, proses dan teknik menghasilkan serta bermacam-macam lagi kaedah. Pendidikan seni visual merupakan suatu bidang ilmu yang mengandungi pembentukan kurikulum, objektif, methodologi dan sebagainya.
Konsep pendidikan seni visual ialah dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran idea dan memanifestasikan buah fikiran. Selain itu, bidang seni visual juga membenarkan pelajar mengalami aktiviti dan pengalaman kearah membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika.

No comments:

Post a Comment