Friday, July 30, 2010

PAI : IMAN, ISLAM & SYAHADAH

Iman, Islam Dan Dua Kalimah Syahadah


Iman dan Islam itu adalah tersimpul juga didalam Dua Kalimah Syahadah dan sesungguhnya semua amalan iman dan Islam itu adalah untuk mentahqiqkan Dua Kalimah Syahadah di dalam hati seseorang Muslim dan menjadi permulaan dan penyudahnya. Sebagai pernyataan Islam dan iman seseorang itu ialah dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah


Sabda Rasulullah SAW kepada Mu’az bin Jabal yang menjadi utusan Rasulullah SAW ke Yaman yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan didatangi dari kalangn Ahli Kitab, maka ajaklah mereka kepada pengakuan bahawa, ‘Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku Rasulullah”, Kalau mereka patuh, beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka Lima Sembahyang pada tiap-tiap hari dan malam. Kalau mereka patuh, beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan zakatharta yang diambil daripada orang-orang yang kaya dan dikembalikan kepada orang-orang yang berhajat kepada harta itu. Maka kalau mereka patuh, jauhilah daripada menceroboh harta benda mereka dan takutlah kamu akan Doa’ orang yang terkena zalim. Sesungguhnya tidak ada hijab diantaranya dengan Allah SWT. (Riwayat Iman Bukhari dan Muslim)


Di dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Manakala Abu Talib hampir mati, datang kepadanya Rasulullah SAW. Tiba-tiba didapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyyah berada di sisi Abu Talib.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Wahai bapa saudaraku, katakanlah bahawa Tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah. Iaitu kalimah yang membolehkan aku menjadi saksi untukmu di sisi Allah.’

Maka berkata pula Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyyah: ‘Wahai Abu Talib, adakah kamu meninggalkan agama Abdul Muttalib?’

Rasulullah Saw terus mengemukakan Syahadah kepadanya. Dan kedua-dua orang itu mengulangi juga cakapnya. Sehingga akhirnya Abu Talib mengaku tetap berpegang dengan agama Abdul Muttalib dan dia tidak mahu berkata. (Riwayat Iman Bukhari dan Muslim)


Memadai juga untuk menyatakan Islam itu dengan kenyataan yang membawa maksud Dua Kalimah Syahadah. Ini adalah berdasarkan kepada Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dari Abdullah bin Umar yang bermaksud:

Rasulullah Saw telah menghantar pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid kepada Bani Juzaimah. Lalu mereka diajak kepada Islam. Mereka tidak dapat berkata dengan baik, ‘Kami masuk Islam’, tetapi mereka berkata, ‘Kami meninggalkan agama (yang dahulu)’. Lalu Khalid membunuh dan menawan di kalangan mereka dan diserahkan tawanan itu kepada setiap orang. Lalu saya berkata, ‘Demi Allah saya tidak membunuh tawanan yang ada pada saya, begitu juga kawan-kawan saya tidak membunuh tawanan masing-masing.’ Sehingga kami tiba bertemu dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba Rasulullah menadah tangan dan bersabda, ‘Wahai Tuhanku, aku berlepas diri daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (diulangi dua kali). (Riwayat Imam Bukhari)


Berlafaz dengan Dua Kalimah Syahadah ataupun maksudnya mestilah dengan tasdiq yang sempurna dan iqtiqad yang Jazam.


Firman Allah SWT.Maksudnya:

Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah. (Muhammad: 19)


Firman Allah SWT,Maksudnya.

Apabila orang-orang munafiq itu datang kepadamu, mereka akan berkata: ‘Kami mengakui bahawasanya kamu Rasulullah SAW.’ Padahal Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya dan Allah menyaksikan bahawa orang-orang munafiq itu orang-orang yang bohong. (al-Munafiqun: 1)


Sesiapa yang ada padanya keyakinan dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan menyatakan keyakinan itu juga diterima akan syahadahnya yang bermaksud:

Sedang kami duduk bersama-sama Nabi SAW di dalam masjid, tiba-tiba masuk seorang yang menunggang unta dengan memasukkan untanya ke dalam masjid dan kemudian menambat akan talinya. Kemudian dia bertanya, ‘Mana dia Muhammad?’

Lalu kami menjawab, ‘Itu dia yang putih sedang bersandar’.

Lalu dia bertanya, ‘Awakkah anak Abdul Muttalib (keturunan Abdul Muttalib)?’

Lalu Nabi SAW bersabda, ‘Yalah’.

Lalu dia berkata, ‘Aku ingin bertanyakan kamu dan janganlah terasa marah terhadapku sekiranya terkasar di dalam pertanyaan.’

Lalu Rasulullah SAW bersabda, ‘Tanyalah apa yang terasa padamu untuk ditanya.’

Lalu dia berkata, ‘Aku bertanya padamu demi Tuhanmu dan Tuhan orang yang terdahulu daripadamu, adakah Allah mengutuskanmu menjadi Rasul kepada semua manusia?’

Rasulullah SAW bersabda, ‘Ya’.

Dia bertanya lagi, “Aku bertanyamu demi Allah, adakah Allah menyuruhmu sembahyang lima waktu sehari semalam?’

Sabda Rasulullah SAW, ‘Ya’.

Dia bertanya lagi, ‘Aku bertanya demi Allah, adakah Allah menyuruhmu berpuasa sebulan dalam setahun?’

Sabda Rasulullah SAW, ‘Ya’.

Seterusnya dia bertanya, ‘Aku bertanya demi Allah, adakah Allah memerintahmu mengambil sedekah (zakat) daripada orang-orang kaya supaya engkau bahagikan kepada orang-orng faqir?’

Rasulullah SAW menjawab, ‘Ya’.

Kemudian orang itu berkata, ‘Saya beriman dengan apa yang kamu bawa dan saya adalah utusan kaum saya, nama saya ialah Dhimam bin Tha’labah dari Qabilah Sa’ad bin Bakar. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Mengucap dua kalimah syahadah adalah menjadi syarat untuk dilakukan hukum didunia berhubung dengan seseorang muslim seperti perkahwinan, berimamkan sembahyang, disembahyangkan apabila mati dan juga ditanam diperkuburan Islam selama seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.


Adapun orang yang tidak beriqrar dengan dua kalimah syahadah kerana keuzuran seperti bisu ataupun mati setelah beriman tetapi belum sempat mengucap dua kalilmah syahadah maka dia adalah mukmin. Adapun orang yang mampu dan mempunyai masa untuk beriqrar dengan dua kalimah syahadah tetapi enggan mengucapkannya, kalau sekiranya keengganan ini kerana ingkarnya maka dia kafir, kerana soal hatinya bukan menjadi urusan kita, tetapi kalau hatinya membenarkan Islam dan hukum-hukum-Nya, maka menurut Qaul Rajeh, dia beriman di sisi Allah dan tidak boleh dilakukan mu’amalah ke atasnya sebagai seorang muslim kerana tidak diketahui imannya.


Sesungguhnya apa yang tersebut di atas ialah kepada orang-orang yang mahu menganut Islam, adapun mereka yang dilahirkan daripada orang-orang mukmin maka dianggap mukmin selagi dia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.

PAI : IMAN

Pengertian Iman

Iman itu ialah tasdiq (membenarkan). I’tiqad dengan hati kepada apa yang diketahui yang ianya daripada Deen Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta ikrar dengan lidah dan amal.

Tasdiq itu mestilah juga menerima serta redha dengan semuanya, tidak ada ingkar dan perasaan ragu serta tidak menjuzuk-juzukkan kepercayaannya.

Firman Allah SWT, Maksudnya:
“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman (pada hakikatnya) sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka berselisih dikalangan mereka, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keraguan terhadap apa-apa keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya.”
(An-Nisa’: 65)

Firman Allah SWT,Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu.” (Al-Hujurat: 15)
Iman dan amal merupakan dua perkara yang beriringan dan tidak berpisah walaupun berbeza dari segi takrif kerana amal itu adalah hasil daripada iman dan iman pula tidak sempurna tanpa amal. Lantaran itu Allah SWT menyebut iman beriringan dengan amal.

Firman Allah SWT, Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah hanya mereka yang apabila disebut Allah terasa gerunlah hati mereka dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan sahaja mereka bertawakkal. Mereka mendirikan sembahyang, berbelanja daripada apa yang Kami beri rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang beriman dengan sebenarnya.”
(Al-Anfaal: 2 – 4)

Berdasarkan kepada yang tersebut di atas maka pendapat Muktazilah yang menjadikan amal sebagai syarat iman adalah ditolak. Oleh kerana itu orang yang mengerjakan maksiat masih di anggap beriman selagi hatinya masih percaya dan tidak ada tanda-tanda ingkar.
Sementara itu, pendapat Murji’ah yang mengatakan bahawa iman itu tasdiq dengan hati dan ikrar sahaja dengan tidak payah beramalpun dikira salah kerana Allah SWT menyebut bahawa iman itu beriringan dengan amal.

Firman Allah SWT,
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh.” (al-Kahfi: 107)

Firman Allah SWT,Maksudnya:
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik).” (Al-An’aam: 82)

Pendapat Karaamiyyah yang mengatakan bahawa iman itu hanyalah ikrar dengan lidah sahaja dikira salah juga kerana firman Allah SWT,Maksudnya:
“Orang-orang Arab Badwi berkata: ‘Kami telah beriman’, katakanlah kepada mereka. ‘Kamu belum beriman tetapi katakanlah, Kami telah Islam’. Kerana Iman itu belum masuk ke dalam hati mereka.” (Al-Hujurat: 14)

Firman Allah SWT, Maksudnya:
“Di antara manusia itu ada yang mengatakan, ‘Kami berimankepada Allah dan hari Kemudian’, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang beriman.” (Al-Baqarah: 8)
Juga, iman itu tidak sah jika apa yang di tasdiqkan itu tidak menepati syara’ seperti orang-orang yang beriman dengan taghut hatta walaupun dia beriman juga dengan Allah SWT.

Maksudnya:
Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang diberikan bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya kepada yang disembahselain daripada Allah dan taghut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir bahawamereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman. Mereka itulah orang-orang yang dilaknati oleh Allah. Barangsiapa yang dilaknati oleh Allah nescaya kamu sekali-sekali tidak akanmemperolehi penolong baginya.”
(An-Nisa’: 51 –52)

Firman Allah SWT, Maksudnya:
Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, pada hal mereka telah diperintah mengingkari taghut. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang jauh.”
(An-Nisa’: 60)

PAI : AQIDAH

Definisi Aqidah

Secara Bahasa Aqidah berasal dari kata ‘a-qa-da yang berarti buhul atau ikatan. Aqidah adalah sesuatu yang mengikat jiwa manusia.

Adapun pengertian Aqidah secara syara’ Hasan al-Banna mengatakan, Aqidah adalah persoalan yang harus dibenarkan oleh hatimu dan membuat jiwamu tenang, dan menjadi kepercayaan yang bersih tidak bercmpur dengan keraguan atau kebimbangan.

Pengertian yang dibuat oleh Hasan al-Banna tersebut masih bersifat umum. Manusia kadang-kadang merasa mantap dengan ajaran yang tidak benar. Tetapi jika hal itu menjadi sebuah keyakinan yang mantap, maka menurut pengertian hasan al-Banna tersebut sudah bisa dikatakan sebagai aqidah.

Bagi Umat Islam, hal yang harus diyakini sepenuh hati adalah rukum iman. Maka sebagian ulama mendefinisikan aqidah secara syara’ dengan, “iman kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab- Nya, para Rasul-Nya, hari akhir, serta beriman kepada taqdir, yang baik ataupun yang buruk”. Definisi yang terakhir lebih tepat jika dinamakan dengan definisi aqidah Islam.


Nama Lain Aqidah

Selain Istilah Aqidah, para ulama’ menyebutnya dengan beberapa istilah yang lain, di antaranya adalah;

1. Tauhid (Mengesakan Allah)

Sebagian ulama’ menamakan Aqidah ini dengan istilah Tauhid sebab pembahasan yang paling pokok dalam aqidah adalah persoalan tauhid.

2. Ushuluddin (pokok-pokok Agama)

Istilah Aqidah kadang-kadang dinamakan ushuluddin sebab masalah keyakinan dalam ajaran Islam menempati kedudukan yang palilng dasar. Hal ini bisa dilihat dalam pembahasan pentingnya aqidah.

3. Al-Fiqh al-Akbar (Pemahaman yang agung)

Imam Abu Hanifah menyebut aqidah ini dengan istilah al-fiqh al-Akbar. Penggunaan istilah ini didasarkan pada pemahaman terhadap perintah untuk ber-tafaqquh fiddin (memperdalam ilmu agama). Dalam tafaqquh fiddin tentu bukan hanya persoalan aqidah tetapi juga ibadah dan muamalah. Pemahaman terhadap semua bidang keagamaan dinamakan fiqh, untuk membedakan antara fiqh bagian yang satu dengan yang lain dan mengingat kedudukannya yang sangat agung, maka aqidah ini dinamakan al-fiqh al-Akbar.

4. Iman

Dengan melihat definisi di atas, bahwa ada sebagian ulama’ yang mendefinisikan aqidah dengan rukun iman maka kemudian aqidah cukup dikatakan dengan iman saja.


Pentingnya Aqidah

1. Aqidah yang benar merupakan kunci kebenaran setiap amal

Aqidah menjadi landasan setiap amal manusia, maka jika aqidah itu benar maka perbuatan itu akan bernilai benar. Dan apabila aqidah itu salam, maka sekalipun perbuatan itu tampaknya membawa manfaat tidak akan bernilai benar di sisi Allah. Firman Allah

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya .(al-Kahfi:110)

Dan Sesungguhnya Telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.(az-Zumar:65)

2. Aqidah adalah kewajiban terbesar manusia dan seruan pertama para nabi

Oleh karena diterimanya amal manusia tergantung pada kebenaran aqidahnya, maka perhatian Rasul terhadap persoalan aqidah ini sangat besar, sehingga yang pertama kali menjadi seruan para Rasul, sebelum mengajarkan ajaran agama yang lainnya, yaitu seruan untuk memurnikan aqidah ini.

Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu” (an-Nahl:36)

3. Aqidah yang benar akan memberikan ketenangan dan kebahagiaan sejati bagi manusia.

Orang yang memahami hakekat kehidupan dengan benar, yakin kepada Allah dan hari akhir tidak akan pernah berprasangka buruk terhadap kehidupan yang dijalaninya. Andaikata seluruh hidupnya selalu berisikan duka dan nestapa, selama aqidah yang benar tertanam kuat di dalam hati ia tetap memiliki harapan untuk bisa hiudp bahagia, setidaknya di akhirat kelak. Sebaliknya orang yang tidak memiliki aqidah yang benar akan mudah merasa kehidupannya sempit, sehingga ketika mendapatkan ujian yang ringan saja, bisa jadi ia akan menempuh jalan pintas untuk mengakhiri hidupnya. Karena itulah hanya orang yang beriman yang tidak pernah berputus asa terhadap rahmat Allah, dan adanya putus asa itu menunjukkan sifat kekufuran.

Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87)


Sumber Aqidah Islam

Pokok bahasan Aqidah Islam menyangkut rukun iman yang enam. Semua hal tersebut tidak bisa dibuktikan kebenaran atau kesalahannya dengan menggunakan panca indera atau akal manusia. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang lebih mengetahui tentang Allah, tentang sifat yang wajib ada bagi-Nya dan apa yang harus disucikan dari-Nya melainkan Allah sendiri. Kemudian selain dari Allah tidak ada yang lebih mengetahui tentang Allah selain Rasulullah saw. Oleh karena itu, sumber yang digunakan untuk menetapkan persoalan aqidah terbatas pada informasi yang berasal dari Allah dan dari Rasulullah saw, yakni Al-Quran dan Sunah.

Persoalan aqidah apapun yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Sunah tentang hak Allah maka wajib diimani, diyakini, dan diamalkan. Adapun persoalan yang tidak ditunjukkan oleh Al-Quran dan Sunah maka harus ditolak dan dinafikan dari Allah. Tidak ada ruang sedikitpun bagi akal untuk menggali konsep-konsep aqidah Islam. Demikianlah metode para shahabat dan tabi’in dalam menetapkan persoalan aqidah. Oleh karena itu, tidak ada pertentangan di antara mereka di dalam aqidah. Bahkan, akidah mereka adalah satu dan jamaah mereka juga satu. Karena Allah sudah menjamin orang yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunah rasul-Nya dengan kesatuan kata, kebenaran akidah dan kesatuan manhaj.

Firman Allah SWT yang artinya:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai,” (Ali Imran: 103)

“Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak sesat dan tidak akan celaka.” (Thaha 123)

Karena itulah mereka dinamakan firqah najiyah (golongan yang selamat). Sebab Rasulullah saw telah bersaksi bahwa merekalah golongan yang selamat, ketika beliau memberitahukan bahwa umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan yang kesemuanya masuk ke dalam neraka, kecuali satu golongan. Ketika ditanya tentang yang satu itu, beliau menjawab,

مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

“Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para shahabatku.”

(HR Tirmidzi)


Akidah Islam
Akidah Islam menetapkan bahwa sebelum ada kehidupan dunia ini ada Allah swt. sebagai Pencipta manusia, alam semesta, dan kehidupan. Bahwa Allah swt pun telah menurunkan aturan-Nya ke dunia ini sebagai pengatur kehidupan manusia yang mulia. Dalam Islam, tertanam keyakinan bahwa kelak manusia akan menuju alam akhirat dan akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka yang bergantung pada terikat-tidaknya seseorang terhadap syari’at-Nya. Itulah realitas akidah Islam yang harus diyakini oleh setiap muslim.

EDITOR : SEKAPUR SIREH

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Wbt




Alhamdulillah,
syukur setinggi-tinggi syukur serta pujian yang sebanyak-banyaknya
kerana dengan izinMU ya ALLAH,
hamba dapat melaksanakan impian hamba
untuk membina blog THE little MURABBI ini
dan moga Engkau memberikan hamba keizinan jua kekuatan
agar dapat hamba jadikannya sebagai medan dalam berkongsi
ilmu serta pengetahuan selepas ini
insyaALLAH..
amin, amin, amin
(^_^)




Sebenarnya ini blog kedua saya
setelah blog HAMBA yang KERDIL..
saya asingkan kedua-dua blog ini kerana ingin
memudahkan pengurusan "post" agar tidak terlalu "crowd"
ye lah...blog itu lebih bersifat peribadi,
manakala blog ini pula lebih khusus untuk tujuan perkongsian ilmiah,
seperti nota, hasil kerja serta tugasan @ assignment
terutamanya bagi pelajar-pelajar a.k.a bakal guru yang sama seperti saya
tak kiralah di mana sekalipun kalian berada
kerana kita tetap di bawah bumbung yang sama bernama IPGM
dan bakal menyandang tugas yang serupa, mendidik anak bangsa suatu masa nanti..
ya tak...?
huhuhu
(^_^)
insyaALLAH




Bagi pengunjung-pengunjung yang bukan student IPGM,
jangan terasa hati, terkecil jantung atau tersumbat injap pula,
kerana kehadiran kalian tetap saya alu-alukan dan amat-amat dihargai..
Welcome..Welcome..Welcome
asalkan maklumat yang terkandung dalam ini boleh digunakan,
maka, saya akan berkata, gunakanlah...
bahkan, yang lebih baik, jika kalian dapat sebarkan, maka sebarkanlah..
saya tak kisah
moga kita sama-sama mendapat manfaat darinya
insyaALLAH..
amin, amin, amin
(^_^)




Bukankah perkongsian itu tanda kasih sayang..?
bahkan kita dianjur dalam menyebar serta membuat kebaikan
agar kehadiran kita memberi manfaat, dan bukannya mudarat
insyaALLAH, jom sama-sama usahakan ya

خير الناس انفعهم للناس

[ Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia ]
Lihat hadith no:6662 di dalam Sahih al Jami’eah..

lagipun dalam situasi kita yang sedang menuntut ilmu,
wajarlah kiranya kita saling bertukar-tukar pendapat serta pandangan
~kerana buah fikiran dari dua orang lebih baik dari satu~
dan semoga perkongsian ini dapat dijadikan ibadat
serta membentuk saham hasanat buat kita di akhirat kelak

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.”
(Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)





Baiklah..rasanya, cukup mukkadimahnya sampai di sini sahaja dulu
badan sudah penat bertahan, painkiller sudah terlalu banyak ditelan
huhu...zihan!!! jangan mengeluh, jangan mengaduh
bukankah sakit itu kafarah dosa buatmu...?
Allah menguji kerana Allah sayang padamu..
lantas bersabarlah..& bersyukurlah..
insyaALLAH..
moga terus kuat, moga terus dapat memberikan khidmat
berkongsi manfaat selagi masih ada hayat
amin, amin, amin




Sekian, Wallahhuallam